Rabu, 16 Juli 2008

JPJ

Semalam hari Rabu (16 Julai 2008) pergi ke Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ) Raub untuk urusan pendaftaran tukar engin kenderaan Van Rusa.

Rasanya tiada apa-apa masaalah akan berlaku, semua surat-surat dokumen pengesahan Jabatan Kastam mengenai rekod engin telah diperolehi, bersama dengan resit-resit belian dan resit daripada tukang baiki kereta, dah ada semuanya.

Dah masuk PUSPAKOM, jumpa pegawai pertama kat tempat daftar.
Rupanya ada lagi dokumen yang belum sempurna. Surat rasmi daripada Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (Putra Jaya) tidak disertakan.

Mana saya tahu !! kena buat permohonan dengan Ibu Pejabat di Putra Jaya pulak ??
Kalau nak mudah boleh minta tolong pegawai tu .... tapi belanjanya RM???
Pakat tak bereslah kerja aku kat sini hari ni.

Terpaksa minta tolong waris yang ada di Putra Jaya uruskan proses permohonan ini.
Tak taulah boleh dapt ke tidak. Dokumen berkaitan kena disahkan oleh JPJ Purta Jaya,

Memang lecehlah,,,,,

Macam mana ni.... kata kearah pengurusan cekap dan macam, macam, mcam.....
Zaman teknologi cangih sekarang, kena pakai sistem lama lagi ke?

Canggihle kalau banyak duit agaknya....
Urusan akan beres hanya banyak RM +++++++

Pengajaran kepada mereka yang akan berurusan dengan JPJ bersabit dengan perkara yang sama dengan aku ni.

Sabar aje lah.........
Inna Lillahi Wa Innaa- Ilaihi Raajiu'n.

Tidak ada komentar: