Rabu, 16 Juli 2008

JPJ

Semalam hari Rabu (16 Julai 2008) pergi ke Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ) Raub untuk urusan pendaftaran tukar engin kenderaan Van Rusa.

Rasanya tiada apa-apa masaalah akan berlaku, semua surat-surat dokumen pengesahan Jabatan Kastam mengenai rekod engin telah diperolehi, bersama dengan resit-resit belian dan resit daripada tukang baiki kereta, dah ada semuanya.

Dah masuk PUSPAKOM, jumpa pegawai pertama kat tempat daftar.
Rupanya ada lagi dokumen yang belum sempurna. Surat rasmi daripada Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (Putra Jaya) tidak disertakan.

Mana saya tahu !! kena buat permohonan dengan Ibu Pejabat di Putra Jaya pulak ??
Kalau nak mudah boleh minta tolong pegawai tu .... tapi belanjanya RM???
Pakat tak bereslah kerja aku kat sini hari ni.

Terpaksa minta tolong waris yang ada di Putra Jaya uruskan proses permohonan ini.
Tak taulah boleh dapt ke tidak. Dokumen berkaitan kena disahkan oleh JPJ Purta Jaya,

Memang lecehlah,,,,,

Macam mana ni.... kata kearah pengurusan cekap dan macam, macam, mcam.....
Zaman teknologi cangih sekarang, kena pakai sistem lama lagi ke?

Canggihle kalau banyak duit agaknya....
Urusan akan beres hanya banyak RM +++++++

Pengajaran kepada mereka yang akan berurusan dengan JPJ bersabit dengan perkara yang sama dengan aku ni.

Sabar aje lah.........
Inna Lillahi Wa Innaa- Ilaihi Raajiu'n.

Kamis, 10 Juli 2008

Cinta Allah dan Cinta Rasul saw

CINTA ALLAH, CINTA RASUL SAW,
Sayangi Jemaah Islam (Fi-sabii-lillah),
Sanyangi Diri,
Sayangi Keluarga,

Anda boleh menderma sambil melindungi diri dan keluarga.

Skim Takaful Kelompok dan Takaful Wakaf PAS Pahang bersama Syarikat Takaful Malaysia.

SKOP PERLINDUNGAN :

a. Kematian akibat kemalangan: 10,000.00
b. Keilatan kekal angota badan : 10,000.00
c. Kematian Biasa : 5,000.00
d. Keilatan kekal seluruh tubuh : 5,000.00
e. Perbelanjaan pengkebumian : 500.00
f. Manfaat wad Hospital : 20.00 / hari

Perlindungan Takaful 24 jam seluruh dunia.

SUMBANGAN :
RM 240.00 Tahunan, boleh menyumbang secara beransur-ansur 3 kali setahun
Termasuk sumbangan kepada dana wakaf PAS Pahang.

PENYERTAAN :

Penyertaan secara kelompok (minima 20 peserta) bagi mendapat pulangan al-mudharabah tahunan kepada kelompok berkenaan jika tiada tuntutan bagi tahun berkaitan.

Al-Mudharabah :
iaitu berkongsi untung dalam perniagaan.
Apabila Akaun Pelan Takful Keluarga Berkelompok dalam kumpulan wang Takaful Keluarga memperolehi keuntungan, maka keuntungan tersebut akan dibahagikan diantara peserta dengan Syarikat berdasarkan kepada hukum al-mudharabah dengan nisbah 40% kepada peserta dengan syarat ia tidak membuat / menerima apa-apa manfaat tuntutan, dan 60% kepada Syarikat.

boleh tanya ???
arrawatakaful@gmail.com