Senin, 30 Juni 2008

ETIQA Takaful


Kami di Etiqa Takaful memahami betapa pentingnya untuk anda mempunyai kenderaan sepanjang masa.Oleh itu, sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan anda, Etiqa Takaful Motor akan mengambil sepenuh perhatian dan memastikan segalanya dapat diurus sebaik mungkin demi anda. Kerana kami tahu, anda perlu berkereta semula.Perkara dilindungiMelindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.
MANFAAT
Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakanPerlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi, Kebakaran, letupan atau kilat, Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian Perbuatan niat jahat Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui:Jalan raya, rel, jalan air pendalaman Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar
Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga:Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta
JENIS SIJIL
Sijil Takaful Kereta Persendirian
Sijil Takaful Motorsikal
Sijil Takaful Kenderaan Komersial

Minggu, 29 Juni 2008

Krusus



Mara Pahang telah menganjurkan kursus Peningkatan Ketrampilan dan Imej Diri & Perkhidmatan Pelangan Yang Cemerlang kepada pengusaha-pengusahawan yang ada kaitan dengan Mara pada 26 hingga 28 Jun 2008 di Kuantan, Pahang.

Walupun padat dengan jadual kursus daripada pagi hingga malam, peserta kursus sangat berpuas hati.

Seramai 56 peserta yang terdiri dari pelbagai bidang perniagaan seluruh Pahang dapat menimba ilmu bagi mempertingkatkan kecemerlangan masing-masing.

Suasana keriangan gelak ketawa kekadang terkedu dan tenang mengikut kesusuaian tajuk perbincangan membayangkan penghayatan kepada tajuk yang diperbincangkan.

Bagi kecemerlangan perniagaan sesaorang, usaha peniaga di katakan 30%, Pelangan 30% dan 40% adalah kurnian Allah swt ?
Alangkah baiknya jika program ini diisi dengan satu tajuk penghayatan Islam secara praktikal dalam suasana yang lebih sopan dan teratur mengikut syariat Allah swt.
"Mafhum daripada hadis Nabi Muhammad saw. Sembilan per sepuluh Kekayaan itu adalah hasil dari usaha perniagan "

" CERIA, CERIA, CERIA"