Senin, 30 Juni 2008

ETIQA Takaful


Kami di Etiqa Takaful memahami betapa pentingnya untuk anda mempunyai kenderaan sepanjang masa.Oleh itu, sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan anda, Etiqa Takaful Motor akan mengambil sepenuh perhatian dan memastikan segalanya dapat diurus sebaik mungkin demi anda. Kerana kami tahu, anda perlu berkereta semula.Perkara dilindungiMelindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.
MANFAAT
Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakanPerlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi, Kebakaran, letupan atau kilat, Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian Perbuatan niat jahat Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui:Jalan raya, rel, jalan air pendalaman Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar
Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga:Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta
JENIS SIJIL
Sijil Takaful Kereta Persendirian
Sijil Takaful Motorsikal
Sijil Takaful Kenderaan Komersial

Tidak ada komentar: